Tuesday, April 26, 2016

Teori Perlanggaran

TEORI PERLANGGARAN

Mensintesis idea tentang teori perlanggaran.

  • Menurut teori perlanggaran, tindak balas antara 2 bahan kimia akan berlaku sekiranya berlaku perlanggaran antara zarah.
  • Semasa perlanggaran, ikatan sama ada dibentuk atau diputuskan yang mengakibatkan penyusunan atom-atom yangh sedia ada dan pembentukan hasil yang baru.
  • Perlanggaran yang menghasilkan tindak balas kimia dipanggil perlanggaran berkesan.
  • bukan semua perlanggaran hasilkan tindak balas.
  • Menurut teori perlanggaran, hanya perlanggaran yang
    • Mempunyai tenaga sama atau melebihi tenaga minimum yang dikenali sebagai tenaga pengaktifan.
    • Dengan orientasi yang betul akan menghasilkan tindak balas.

Sebilangan kecil sahaja perlanggaran yang menyebabkan perlanggaran berkesan. Ini kerana :-

  • zarah-zarah mesti mempunyai kandungan tenaga yang minima dalam perlanggaran untuk tindak balas berlaku - tenaga pengaktifan.
  • zarah-zarah hendaklah bertembung antara satu sama lain dalam orientasi yang betul. Ini dinamakan faktor sterik.
Contoh :-

Tindak balas gas hidrogen dan gas bromin akan menghasilkan gas hidrogen bromida.

H2(g) + Br2 (g) ~~> 2HBr (g)


1 comment:

  1. The casino with roulette machines | Vannienailor4166 Blog
    Casino roulette game is one of the most titanium metal trim popular casino https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ games in Malaysia. https://septcasino.com/review/merit-casino/ It offers the latest games with the best odds, with big payouts apr casino and worrione.com easy

    ReplyDelete