Saturday, April 16, 2016

Faktor-faktor Kadar Tindak Balas


Luas Permukaan



Apabila salah satu bahan permukaan dalam bentuk serbuk atau bersaiz kecil, maka luas permukaan menjadi lebih besar. Jadi, lebih besar luas permukaan lebih cepat kadar tindak balas berlaku.

  • Semakin kecil saiz bahan tindak balas, semakin besar jumlah luas permukaan yang terdedah.



  • Graf berikut menunjukkan kesan luas permukaan bahan tindak balas terhadap kadar tindak balas bagi tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik.


Kepekatan Bahan Tindak Balas 



Semakin tinggi kepekatan saah satu bahan tindak balas, maka lebih banyak partikelnya di dalam isipadu. Ini menyebabkan pertambahan bilangan perlanggaran yang meningkatkan kadar tindak balas. Contohnya, satu periuk berisi kuah kari dan satu periuk yang sama saiz berisi air paip yang sama isipadu dengan kuah kari. Kedua-dua periuk itu dipanaskan di atas api yang sama besar. Selepas beberapa minit, didapati kuah kari kering dahulu. Ini membuktikan bahawa lebih pekat bahan tindak balas lebih cepat kadar tindak balas yang berlaku.


  • Semakin tinggi kepekatan,semakin tinggi bilangan zarah per unit isipadu.
  • oleh itu, kadar tindak balas akan menjadi lebih tinggi.


Tekanan


Semakin tinggi tekanan pada bahan tindak balas, semakin cepat kadar tindak balas berlaku. Sama seperti kepekatan bahan tindak balas, pertambahan tekanan pada bahan tindak balas akan meningkatkan perlanggaran zarah. Jadi, apabila banyak perlanggaran berlaku, makin cepat kadar tindak balas.

PENGGUNAAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR TINDAK BALAS DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Kesan Tekanan

-Pembakaran Arang

-Memasak makanan dalam periuk makanan.

Suhu Tindak Balas



Pada suhu yang tinggi, partikel-partikel bahan tindak balas mempunyai lebih banyak tenaga kinetik. Ini akan mengakibatkan partikel tersebut bergerak dengan halaju yang tinggi dan boleh menghasilkan perlanggaran yang efektif serta meningkatkan kadar tindak balas. Maka, lebih tinggi suhu tindak balas, lebih cepat kadar tindak balas


  • Graf berikut menunjukkan kesan suhu ke atas kadar tindak balas bagi tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik


Mangkin




Mangkin mungkin berubah secara fizikal, tetapi tidak berubah dari segi kimia selepas suatu proses tindak balas. Kehadiran mangkin mampu meningkatkan kadar tindak balas. Contohnya, seperti sudu yang dimasukkan sekali dengan daging lembu yang direbus untuk lebih mempercepatkan tindak balas suhu air supaya daging lembu lebih lembut.


  • Graf berikut menunjukkan kesan mangkin keatas kadar tindak balas bagi penguraian hidrogen peroksida yang dimangkinkan oleh serbuk mangan oksida.

Persamaan kimia: 2H2O2(aq) → 2H2O(aq) + O2(g)
Pemerhatian: Hidrogen peroksida terurai untuk membebaskan gas oksigen.
Kaedah yang sesuai untuk mengukur kadar tindak balas: Isipadu gas oksigen yang terbebas.





No comments:

Post a Comment