Tuesday, April 26, 2016

Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Tinak Balas Dalam Kehidupan Seharian

Aplikasi faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam kehidupan seharian.

  1. Penyimpanan makanan. 
    • Aktiviti mikroorganisma seperti bakteria dan kulat akan menyebabkan makanan rosak
    • mikroorganisma ini akan berganda dengan cepat pada suhu 10`C hingga 60`C
    • Bagi mengelakkan makanan daripada rosak, ia hendaklah disimpan di dalam tempat yang bersuhu 5`Cseperti peti ais- mengurangkan bakteria membiak.
        2. Pembakaran arang batu.
    • Kepingan arang yang besar tidak dapat terbakar dengan mudah kerana luas permukaan yang terdedah kepada oksigen sangat kecil.
    • Oleh itu, kepingan arang batu yang kecil digunakan, ia boleh dibakar dengan mudah. Ini kerana permukaan yang besar terdedah kepada oksigen.
       3. Memasak makanan.
    • Pengunaan periuk tekanan. Tekanan di dalam lebih tinggi berbanding di luar periuk.
    • ini akan meningkatkan suhu takat didih makanan. Makanan lebih cepat dimasak,

Pengunaan Mangkin dalam Aplikasi Industri.


  • Pengunaan mangkin akan memastikan proses tindak balas berlaku pada kadar yang sederhana tetapi pada suhu yang rendah dan mengurangkan kos tenaga.
  • Contoh proses industri yang mengunakan mangkin ialah:
    • Proses peretakan yang mengunakan aluminium dan kromium oksida sebagai mangkin.
    • pembuatan majerin yang mengunakan nikel.
    • Proses haber penyediaan ammonia yang mengunakan magkin besi.


No comments:

Post a Comment